Saturday, August 23

RAMADAN AL MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 1429H/2008


Segala puji-pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Serta pengikut-pengikutNya hingga akhir zaman.

Ramadan Al Mubarak menjelang tiba. Pihak pengurusan Masjid Sultanah Bahiyah Alor Star merancang dan melaksanakan beberapa program sebagai mentakzimkan bulan Ramadan Al Mubarak ini. Program tersebut seperti berikut;

· Penyediaan dan pengedaran bubur kanji.
· Jamuan berbuka puasa secara jemaah setiap petang
· Sembahyang sunat terawih berjemaah
· Tadarus Al Quran berkumpulan - Terbuka
· Moreh untuk peserta Tadarus Al Quran
· Moreh untuk anak jemaah setiap malam Jumaat
· Majlis Sah Khatam Al Quran pada malam 28 Ramadan
· Kutipan Zakat Fitrah bermula 15 Ramadan
. Pengedaran Risalah Puasa
· Penyediaan Kad Raya ( Berdasarkan kepada tempahan )
· Sampul hari raya ( Kepada pembayar zakat fitrah )

Pihak Jawatankuasa dengan besar hati mempersilakan Ybhg. Dato’ / Tuan / Puan untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menjayakan program yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadan ini..

Moga-moga segala sumbangan amal jariah Y.Bhg.Dato’ / Datin / Tuan / Puan hulurkan akan mendapat keberkatan, kerahmatan, ganjaran serta keampunan dari Allah SWT. Insya Allah

Sekiranya tuan / puan berhajat untuk memberi sumbangan silalah berhubung dengan Bendahari Masjid Sultanah Bahiyah HP: 0124085540 atau mana-mana jawatankuasa masjid.

Akaun Bank Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Star; adalah seperti berikut:

Bank Muamalat : 0201-0000573-71-6
Bank Islam Cawangan Alor Star : 2011010022482

Wassalam.

Dari meja Pengurusan